Salah satu cara yang saya tau boleh digunakan untuk mengubati ruam susu dalam mulut ni ialah dengan gunakan air dari daun pucuk manis atau ade sesetengah org panggil daun cekur manis.
Slalunya org gunakan daun ni untuk masak lemak cammpur labu skit memang sedap sgt.. dan daun ni gak bleh buat ubat ye.
Untuk jadikan ubat ruam susu dalam mulut baby ni, amik lebih kurang 5 hingga 10 helai daun pucuk manis dan dibasuh bersih. Kemudian letak di dalam bangkuk dan sedikit air. Ramas daun tersebut sehingga air tadi bertukar menjadi warne hijau dan agak pekat sedikit. sambil kite ramas daun tu boleh juge kite bersalawat dan berzikir semoga Allah memulihkan kesihatan ank kitekan.
Tapis dahulu daun yang telah diramas tadi dan ambil hanya airnya sahaja. kemudian titikkan air tadi ke dalam mulut anak kite. kalo boleh buat masa die tido la lagi senang. Bukan semue baby serasi ye dengan cara ni, kalo dh buat 2 3 kali dan keadaan baby masih belum pulih, sila bawa jumpe doktor untuk rawatan lebih lanjut.
-Sekian-
